Pages

Friday, August 19, 2011

Messi julang Barcelona

Utusan Malaysia Online - Sukan Luar Negara



Baru saja tamat sebentar tadi perlawanan yang dinanti-nantikan oleh dua gergasi Liga Sepanyol atau Liga BBVA iaitu pertembungan antara Barcelona dan Real Madrid. Perlawanan untuk merebut Piala Super Spain / Sepanyol ini juga merupakan perlawanan tanda pembukaan Liga Sepanyol bagi musim 2011/2012.

Barcelona yang merupakan juara liga musim lepas dan pemenang Kejohanan Liga juara-juara sekali lagi membuktikan kehebatan mereka apabila menewaskan musuh ketat dengan kemenangan bergaya. Barca menewaskan Real dengan jaringan 3-2. Agregat perlawanan adalah 5-4 selepas mereka seri 2-2 pada perlawanan pertama di Stadium Bernabeu.


Dengan kemenangan ini, Barcelona menjulang Piala Super Sepanyol ini untuk kali yang kesepuluh dalam sejarah dan merupakan Kejuaraan tiga kali berturut-turut selepas menewaskan Athletic Bilbao dan Sevilla pada musim-musim lepas.

Gol-gol dijaringkan oleh A.Iniesta(15’), C.Ronaldo(20’), K.Benzema(80’) dan hero Barca Lionel Messi menjaringkan 2 gol untuk memberi kemenangan kepada pasukannya iaitu pada minit-45 dan 88’. Kehadiran Fabregas dalam skuad Barca memang memberi keputusan yang positif.

Pastinya setiap perlawanan Barcelona selepas ini akan lebih menarik dengan kehadiran pemain baru termasuk Alexis Sanchez!!

0 comments:

Post a Comment