Pages

Friday, August 19, 2011

M.UNITED dan BARCELONA UNTUNG BESAR!!!




2011/08/18
Kongsi dapat RM210j dengan Barca selepas mara ke final Liga Juara-Juara



ZURICH: Barcelona dan Manchester United masing-masing memperoleh lebih 50 juta euro (RM210 juta) selepas mara ke final Liga Juara-Juara Eropah musim lalu, kata badan induk bola sepak Eropah UEFA kelmarin.
Musim lalu, 32 pasukan Liga Juara-Juara menerima 754.1 juta euro (RM3.167 bilion) daripada gabungan bayaran prestasi dan siaran televisyen.
United memperoleh pendapatan tertinggi dengan 53.20 juta euro (RM223 juta) yang membabitkan 27 juta euro (RM113 juta) berdasarkan prestasi mereka dan 25.9 juta euro (RM108 juta) menerusi hak siaran televisyen, kata UEFA.

Walaupun menang 3-1 di final, pendapatan Barcelona bagaimanapun kurang 51 juta euro (RM214 juta) apabila mereka memperoleh 30.7 juta euro (RM128 juta) untuk bayaran berdasarkan prestasi, tetapi mereka hanya mengutip 0.3 juta euro daripada siaran televisyen.

UEFA berkata, pasukan lain yang turut memperoleh pendapatan tinggi termasuk Chelsea (44.52 juta euro), Schalke 04 (39.75 juta euro), Real Madrid (39.28 juta euro), Inter Milan (37.98 juta euro), Bayern Munich (32.56 juta euro) dan Tottenham Hotspur (31.13 juta euro).

UEFA menambah, pendapatan diperoleh daripada siaran televisyen diagihkan mengikut nilai pasukan dalam pasaran negara sendiri. Semua kelab berhak mendapat minimum 7.2 juta euro (RM30.24 juta) daripada perlawanan peringkat kumpulan. Bonus prestasi dan yuran penyertaan diberikan untuk setiap peringkat kalah mati. – Reuters

0 comments:

Post a Comment