This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Pages

Wednesday, February 22, 2012

KEMANA ARAH CINTA DITUJU

Hari nie aku nak cakap bab 'CINTA'.....Fuuhh~~ terasa macam Romeo sekejap..hehehe
Bila sebut bab 'CINTA' pasti semua orang pernah merasai nikmatnyakan?? :) . Tak kisah lah bercinta dengan awekz ke balakz ke gitar ke whatever laa....yang penting 'CINTA' dengan Allah jangan sesekali kita lupa.. betul tak?? betul tak?? betul tak??

Siapa budak2 kerja, budak2 kolej, budak2 sekolah menengah, yang tak pernah bercinta?? cer kabor, cer kabor....awok tak caye lohh...hehehe KALAU ADA PUN 15% JEERR... sedangkan budak2 sekolah rendah dah pandai bercinta sekarang, bukan cuma bercinta yang bercum** pun dah ada.....Heermmm apa la nak jadi budak2 zaman sekarang ye.... malu betulll~!!



Sebelum kita pergi bab cinta nie lebih dalam...aku nak tanya pendapat korang sikit dengan beberapa soalan....hehehehe [nak jadi cikgu sekejap]

Soalannya:
1-Adakah ber'CINTA' nie kehendak@keperluan di waktu kita sedang belajar???

2-Kalau tak ber'CINTA'tak uptodate ???

3-Akhirnya kemana 'CINTA' kita.....Opss cinta kamu?? heheehe


Okeh...Jawapan aku, Jangan jadikan bercinta sebagai kehendak kita. Jadikan cinta sebagai keperluan kita.... Setiap jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasadnya memerlukan makanan. Jadi untuk mendapatkan cinta, manusia perlu bercinta.Bila bercakap soal cinta, apa yang kita mengerti dengan maksud cinta? Boleh jadi kita kata cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Pengertian cinta itu terlalu luas untuk dijelaskan dan ditafsirkan. Masing - masing ada pendapat tentang cinta bukan?

Namun cinta yang dikurniakan pada setiap insan ada peraturan demi menjaga kesuciannya. Namun, peraturan inilah yang kerap kali kita langgar. Jadi disinilah berlakunya cinta terlarang yakni cinta yang menafikan peraturan tuhan. Kini apa yang fitrah bertukar jadi fitnah.
Kenapa cinta perlukan peraturan? Sebagaimana kita hidup dibumi ini ada peraturan maka dengan adanya peraturan ragam manusia dapat dikawal. Bahkan masa kita memandu kenderaan dijalanraya juga ada peraturannya. Ada lampu isyarat, ada petunjuk arah. Tapi apabila kita melanggar peraturan yang ditetapkan maka akan berlaku kesesakan dan kemalangan.

Begitu juga dengan bercinta, bila mana Allah sudah tetapkan peraturannya, maka tunduklah pada peraturan itu jika kamu mahu keselamatan dan kesejahteraan dalam bercinta demi melaksanakan keinginan fitrah yang semulajadi.

Lihat lah di sekeliling kamu sendiri, sudah banyak tragedi hubungan cinta yang membelakangkan tuhan dan melanggar peraturan. Bila mana manusia mula meneguk cinta terlarang, maka ketika itu racun cinta terlarang membunuh kewarasan akal. Ketika itu kamu mengabdikan diri pada cinta terlarang sehingga pada kamu cinta terlarang itu segala - galanya.

Kamu mula pinggirkan tuhan, tangan kekasih dipegang megah, kamu bangga berdua – duaan, boleh jadi lebih dari itu. Racun cinta yang berbisa mula membaja dan akhirnya pohon cinta terlarang mula berbuah. Ketika itu indahkan cinta?

Manusia bercinta bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, mesti disertai dengan rasa bertanggungjawab pada setiap tindakan.

Kalau nak cakap pasal "UPTODATE" tak payah cakap la...BERCINTA dari zaman dulu lagi orang dah bercinta, tak payah la rasa kita nie dah "UPTODATE" sangatttt~!! huhu




Lihat bagaimana ajaran Islam yang bersifat sesuai dengan realiti kehidupan berdepan dengan masalah manusia. Sayangnya ajaran Islam yang bersifat realistik dan meraikan fitrah manusia ini, dicemarkan oleh sebahagian daripada kita yang terlampau bersemangat dalam membasmi masalah gejala sosial, sehingga dalam sedar atau tidak sedar mereka turut membasmi fitrah manusia dan menjadikan ajaran Islam seolah-olah hanya merupakan fantasi kehidupan yang tidak pernah wujud.

Islam datang bukan untuk berkata: “Jangan menyintai dan buang perasaan cinta itu”, tetapi datang dengan mengajarkan kita bahawa andainya kamu jatuh cinta, maka barhati-hatilah agar cinta itu tidak membuatkan kamu terpesong daripada kebenaran.

Islam juga datang bukan untuk mengatakan kepada kita: “Jangan kamu membenci sesama kamu”, tetapi datang untuk mengajarkan andainya kamu membenci seseorang maka biarlah berpada-pada jangan sampai membutakan kamu daripada kebenaran.

Jatuh cinta adalah perkara yang tidak mampu dikawal, hal itu terletak pada kuasa Allah dan Allah tidak akan menzalimi hambaNya dengan membebankan mereka dengan perkara-perkara yang tidak mereka mampu melakukannya. Masalah yang diperbahaskan dalam ilmu usul fiqh sebagai التكليف بما لا يطاق / Attaklif bima la yutaq.

Sedangkan Nabi sendiri pun meminta pengecualian daripada Allah dalam urusan berlaku adil antara isterinya dalam perkara yang melibatkan hati dan perasaan.

Maksudnya: “Daripada Aisyah bahawa Nabi membahagikan antara isteri-isterinya dengan adil dan dia berkata: (Ya Allah, ini adalah pembahagian aku daripada apa yang aku miliki, janganlah Engkau mencela aku pada perkara yang Engkau miliki tapi tidak aku miliki). Berkata Imam Tirmizi: Sesungguhnya yang dimaksudkan itu adalah perasaan cinta dan sayang sebagaimana tafsiran ahli ilmu. Hadith dikeluarkan oleh Imam Tirmizi (1140), Imam Abu Daud (2134), dan Imam Nasa’I (7/63).

Jelas melalui hadith tersebut bahawa perasaan cinta dan sayang tidak mampu dikawal oleh manusia. Mustahil bagi seorang lelaki yang beristeri empat contohnya mahu berlaku adil terhadap isteri-isterinya dalam soal hati dan perasaan. Sebab itu Nabi sendiri memohon kepada Allah supaya tidak mencelanya pada perkara yang tidak dimiliki olehnya dan tidak termampu baginya untuk melakukan.

Hal sebegini disedari dengan baik oleh para sahabat. Dalam suatu kisah yang melibatkan Sayyidina Umar sendiri diceritakan bahawa telah datang kepadanya seorang lelaki dan berkata: “Wahai Amir Mukminin, sesungguhnya aku telah melihat seorang perempuan lalu aku jatuh cinta kepadanya”. Lalu Sayyidina Umar Bin Khattab berkata: “Itu adalah perkara yang tidak mampu dikawal”. Rujuk Al-Jawab Al-Kafi oleh Ibnul Qayyim, m/s 164, cetakan Darul Kutubil Ilmiyyah.


So, kalau nak mula bercita tu, "Arahkan" lah 'CINTA' kepada Allah dan agama dulu, Semoga bila bertemu cinta sesama manusia, kita dapat mengenali cinta itu dengan lebih indah lagi... Jika kita Islam jadikan lah cinta manusia kita itu "cinta Islam". Insya'Allah bahagia dunia dan akhirat..





Cukup dulu rasanya perkongsian ilmu kita -[via mata dah tak boleh nak angkat] (-.-)v hehehe
Correct me if m wrong.. Wallahu'alam..