This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Pages

Friday, March 25, 2011

Click Here!

Wednesday, March 16, 2011

Japan tsunami: Dramatic amateur footage - video








Dunia Hari Ini

EDITOR:  MOHD FAUZEE JAAFAR.
PENYAMPAI: KHALIM ROHANI

SATU LAGI KEBAKARAN BERLAKU DI LOJI NUKLEAR FUKUSHIMA.
EROPAH KAJI SEMULA SISTEM KESELAMATAN KEMUDAHAN NUKLEAR.
URUGUAY, IKTIRAF PALESTIN, NEGARA MERDEKA DAN BERDAULAT.

REAKTOR-BAKAR
       Satu lagi kebakaran reaktor dilaporkan berlaku di loji nuklear kendalian Tokyo Electric Power (TEPCO) di Fukushima, Jepun awal pagi tadi.  Menurut jurucakap syarikat, kebakaran membabitkan reaktor nombor empat, iaitu reaktor sama yang terbakar dan menyebabkan keretakan pada bahagian bumbung, semalam. Ia terletak di tingkat empat Loji Nombor Satu.
       Jurucakap Agensi Keselamatan Nuklear Negara, Minoru Ogoda pula mengesahkan, keadaan kini terkawal.  Api dan asap tidak lagi kelihatan.  Kebakaran dipercayai padam dengan sendiri.
((AFP))

NUKLEAR-JEPUN
       Sementara itu, pihak berkuasa Jepun terus bertungkus lumus untuk mencegah berlakunya bencana nuklear.  Air akan dicurah dari udara menggunakan helikopter bagi memastikan rod bahan bakar nuklear tidak terus terdedah dan melepaskan radiasi.  Laporan media tempatan menyebut, kadar radiasi yang dicatatkan di sekitar kawasan berhampiran Loji Nuklear Nombor Satu Fukushima, telah mencapai tahap yang membahayakan kesihatan.  Radiasi meningkat berikutan dua lagi letupan dan kebakaran di kemudahan berkenaan, semalam.  Sejak gempa bumi dan tsunami Jumaat lepas, empat daripada enam reaktor di loji itu dilaporkan meletup akibat suhu panas melampau.
((AFP))

JEPUN-GEMPA
       Dalam pada itu, loji nuklear Hamaoka dilaporkan tidak mengalami sebarang kerosakan selepas gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter menggegarkan bahagiam timur wilayah Honshu, semalam. Menurut kenyataan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (I-A-E-A), loji berkenaan terletak kira-kira seratus kilometer dari pusat gempa.  Dua daripada lima reaktornya masih beroperasi seperti biasa.  Satu sedang diperiksa manakala dua lagi memang telah dilucutkan tauliah perkhidmatan.
       Gempa bumi yang melanda lewat malam tadi menyebabkan bekalan elektrik terputus di sebahagian besar bandar Shizuoka.  Sekurang-kurangnya 2-orang dilaporkan cedera.
((AFP))

NUKLEAR-JERMAN
       Krisis nuklear Jepun memaksa beberapa negara Eropah mengkaji semula sistem keselamatan kemudahan nuklear masing-masing.  Jerman mengambil langkah drastik, menutup sementara 7-reaktor nuklear selama 3-bulan.  Penutupan melibatkan reaktor yang telah beroperasi sejak tahun 1980. Keputusan itu diumumkan oleh Canselor Angela Merkel.  Beliau juga memaklumkan, sistem keselamatan 10 lagi reaktor akan turut disemak semula.
((AFP))

NUKLEAR-EROPAH
       Di Brussels, Belgium - negara-negara anggota Kesatuan Eropah mencapai persetujuan menjalankan ujian tekanan terhadap loji-loji janakuasa nuklear di rantau berkenaan.  Pesuruhjaya Kuasa E-U, Guenther Oettinger berkata, fokus utama ujian itu ialah daya ketahanan kemudahan nuklear terhadap gempa bumi, Tsunami dan serangan pengganas.
       Di Moscow pula, Perdana Menteri - Vladimir Putin mengarahkan penilaian semula dilakukan terhadap masa depan sektor kuasa atom Rusia.
((AFP))

ASIA BARAT
       Pilihan raya baharu adalah satu-satunya jalan penyelesaian kepada krisis politik yang menyaksikan dua pergerakan utama Palestin, berpecah belah.  Itu kata Presiden Mahmoud Abbas - pemimpin kerajaan Fatah yang menguasai Tebing Barat.  Pemimpin Hamas, Ismail Haniya pula berpendapat, rundingan damai adalah jawapan yang lebih tepat.  Hanya selepas itu, pilihan raya boleh diadakan.  Ismail Haniya merupakan Perdana Menteri kerajaan Hamas yang berpusat di Gaza.
        Kedua-dua pemimpin menyuarakan pendirian masing-masing setelah kira-kira 20-ribu penduduk Palestin berhimpun di Tebing Barat dan Gaza.  Mereka mendesak pergerakan Fatah dan Hamas bersatu dan menghentikan pergelutan kuasa yang membuka ruang kepada campur tangan kuasa asing.
((DPA))

PALESTIN-IKTIRAF
       Uruguay mengikut jejak hampir kesemua negara Amerika Selatan, mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka yang berdaulat.  Seperti kebanyakan negara, pengiktirafan yang diberi oleh Uruguay bersandarkan Resolusi 2-4-2 Pertubuhan Bangsa Bersatu.  Resolusi itu mendesak pemulangan wilayah Palestin yang dirampas rejim Israel dalam Perang Enam hari pada tahun 1967.
       Sehingga kini, seratus buah negara termasuk sebelas daripada 12-negara Amerika Selatan, telah memberi pengiktirafan kepada Palestin.  Sekutu rapat Amerika Syarikat, Colombia merupakan satu-satunya negara di rantau berkenaan yang belum berbuat demikian.
((AFP))

SAHAM
       Kebimbangan mengenai krisis nuklear Jepun turut memberi kesan terhadap pasaran saham dan harga minyak dunia.  Di Wall Street, pasaran saham ditutup 1.15-peratus lebih rendah.  Indeks Perusahaan Dow Jones jatuh 137.74-mata kepada 11-ribu 855.42.  Terdahulu, indeks merudum hampir 300-mata selepas hanya setengah jam, pasaran dibuka.
       Sementara itu, Nasdaq yang jatuh 3-peratus pada sesi pembukaan, ditutup 1.25-peratus atau 33.64-mata lebih rendah pada paras 2-ribu 667.33.
((AFP))

MINYAK
       Di pasaran hadapan New York, harga minyak mentah Light Sweet bagi kontrak penghantaran bulan depan jatuh 4.01-Dolar kepada 97.18-Dolar se-tong.  Di London pula, kontrak minyak mentah Brent North Sea bagi penghantaran bulan yang sama merudum 5.15-Dolar kepada 108.52-Dolar se-tong.
((AFP))

TALIBAN-AFGHANISTAN
       Peperangan tentera bersekutu menentang Taliban di Afghanistan, menunjukkan kemajuan. Komander tertinggi tentera bersekutu di Afghanistan, Jeneral David Petraeus berkata, kemaraan Taliban di kebanyakan wilayah telah berjaya disekat.  Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menghantar beribu-ribu askar tambahan pada lewat 2009 terbukti amat membantu dalam usaha menghalang kebangkitan Taliban.
       Ketika ini, terdapat 97-ribu askar Amerika dan 45-ribu anggota tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang ditempatkan di Afghanistan.
((AFP))

IVORY COAST
       Krisis politik Ivory Coast.  Presiden yang diiktiraf antarabangsa, Alassane Ouattara memberi amaran kepada seterunya, Laurent Gbagbo bahawa dia mempunyai peluang terakhir untuk melepaskan jawatan secara aman.  Kedudukan Ouattara semakin kukuh selepas Kesatuan Afrika mengiktiraf beliau sebagai Presiden Ivory Coast yang sah.  Dalam ucapannya menerusi televisyen, Outtara juga mengulangi komitmen untuk membentuk sebuah kerajaan perpaduan, yang turut melibatkan parti pimpinan Gbagbo, Barisan Polupar Rakyat Ivory.
((AFP))

HAITI-TAUN
       Hampir 800-ribu penduduk Haiti dijangka menghidap taun, tahun ini.  Jumlah itu, sekali ganda lebih tinggi berbanding ramalan awal agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu.  Laporan dalam talian jurnal perubatan "The Lancet" menyebut, kajian terbaharu mendapati, bilangan kes yang berkurangan baru-baru ini tidak ada kena mengena dengan keberkesanan langkah pencegahan.  Ia berkemungkinan besar sekadar fasa sementara.
       Kajian itu dijalankan oleh sepasukan penyelidik yang diketuai Jason Andrews dari "Harvard School of Public Health".  Mereka menjangkakan, 779-ribu kes jangkitan dan 11-ribu kematian dicatatkan dalam tempoh 1-Mac hingga 30-November 2011.
((AFP))

HAITI-PULANG
       Bekas Presiden Haiti, Jean-Bertrand Aristide yang hidup dalam buangan di Afrika Selatan selama lebih 7-tahun, merancang pulang ke tanahair esok, iaitu 3-hari sebelum pilihan raya.  Ini dinyatakan oleh sumber yang rapat dengan beliau kepada agensi berita A-F-P.  Sumber itu bagaimanapun tidak mahu identitinya didedahkan.
        Jurucakap Aristide, Maryse Narcisse pula mengesahkan bahawa beliau akan pulang sebelum Ahad dan persediaan sedang dibuat.  Narcisse juga memaklumkan, kepulangan bekas Presiden itu tidak ada kaitan dengan pilihan raya.
((AFP))

TENIS
       Tenis Siri Masters di Indian Wells, California, Amerika Syarikat. Roger Federer mara ke pusingan keempat. Turun selaku pilihan kedua, Federer mengalahkan Juan Ignacio Chela, 6-0, 6-2. Turut mara, Novak Djokovic. Juara terbuka Australia itu mengalahkan Ernests Gulbis, 6-0, 6-1.
       Bagi kategori wanita, pemain nombor satu dunia, Caroline Wozniacki melangkah ke suku akhir setelah menundukkan Alisa Kleybanova, 2-6, 6-3 dan 6-1. Sementara itu, juara bertahan Jelena Jankovic kandas. Dia kalah 4-6 dan 2-6 kepada Ana Ivanovic. Kim Clijsters pula menarik diri ketika menentang Marion Bartoli dalam pusingan keempat kerana kecederaan bahu. Clisjster mendahului 6-3, pada set pertama.
((AFP))

LIGA JUARA
       Beralih ke Liga Juara Eropah.  Manchester United mara ke suku akhir setelah mengalahkan kelab Perancis, Marseille, 2-1.  Gol "Red Devils" dijaringkan oleh Javier Hernandez masing-masing pada minit kelima dan ke-75.  Kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol dalam pertemuan pertama.
      Juara bertahan, Inter Milan turut mara apabila menang 3-2 ke atas Bayern Munich di tempat lawan. Walaupun terikat dengan agregrat 3-3, Inter mara berdasarkan kelebihan jaringan gol di tempat lawan.
((AP))

Pelajaran Daripada Tsunami di Jepun


credit: businessinsider

Pada 11 Mac 2011 yang lalu, tsunami berlaku di Jepun yang berskala 8.9 dan menyebabkan ramai yang maut. Tapi dalam entry ni saya nak share sedikit pengajaran yang boleh kita pelajari based on article oleh Zuhairi Ali @Cas Bateri di Kosmo Ahad (semalam):
  • Harga diri sangat penting walaupun dalam situasi bencana
  • Gunakan pengalaman menghadapi bencana untuk bangkit menjadi lebih kuat
Sedikit kisah yang dialami oleh pelajar Malaysia di tempat kejadian, Sendai, Jepun:
  • Pelajar pergi jumpa kawan di Universiti Tohoku
  • Dapat jumpa rakan tetapi nak pulang ke Tokyo menggunakan kereta api laju tak dapat disebabkan sistem pengangkutan lumpuh. By the way, jarak Sendai ke Tokyo lebih kurang 300km
  • Jalan bergegar selama beberapa minit dan merekah sehingga teksi yang dinaiki melanggar bahu jalan, pemandu meminta jangan keluar dari kenderaan
  • Gegaran sangat kuat dan cukup lama sampai berdengung telinga dan ada orang macam mabuk, berdiri pun tak boleh
  • Kaca tingkap bangunan pecah berderai dan macam-macam bunyi kedengaran, ada yang terbakar tetapi tiada bangunan runtuh
  • Rakyat Jepun saling bantu-membantu satu sama lain. Pelajar Malaysia juga sempat membawa turun seorang OKU dari tingkat tiga dan mencari anak seorang wanita
  • Seorang peruncit menolak dengan troli berpuluh-puluh botol air mineral dan snek untuk diagihkan kepada orang ramai dan kanak-kanak prasekolah
  • Sebuh kedai elektrik yang ditinggalkan dalam keadaan terbuka tidak menjadi sasaran pencuri
Begitulah sedikit sebanyak. Memang sungguh kagum dengan sikap orang Jepun terutamanya membawa air mineral dan juga peralatan eletrik tidak dicuri. Masih ingatkah kejadian lori yang membawa duit syiling dan beras terbabas dan jatuh di Malaysia. Bagaimanakah sikap orang Malaysia ketika itu, adakah mereka menolong atau mengambil kesempatan? Sama-sama le kita fikirkan.