Pages

Friday, August 19, 2011

OhBulan!! Semakin Kecil di Bulan Puasa?



Source: www.beritasemasa.com



WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) – Rekahan-rekahan pada permukaan bulan menunjukkan ia semakin mengecil. Saintis-saintis percaya bulan akan mengecil apabila keraknya menjadi semakin sejuk seperti sebuah belon yang kehilangan udara. Penemuan tersebut dilaporkan selepas sebuah kapal angkasa Peninjau Pengorbit Bulan (LRO) merakamkan banyak garisan ganjil yang membentuk rekahan di tanah tinggi bulan.

Pakar-pakar percaya rekahan itu terhasil kerana kerak menjadi rapuh ekoran bulan yang kian mengecil. Mereka juga percaya bahawa rekahan-rekahan tersebut masih baru. Menurut saintis, bulan telah mengecil sebanyak 100 meter sejak 800 juta tahun lalu. – Agensi.

Bukti kejadian ini boleh disaksikan dalam Al Quran Surah Al Qamar Ayat 1-3. Al Qamar disini membawa maksud ‘bulan’. Peristiwa bulan terbelah dunia ini memang tidak dicatitkan dalam sejarah astronomi di Eropah mahupun sejarah astronomi Asia Tenggara atau Asia Timur kerana disebabkan faktor geografinya dan sebab keduanya adalah masa di mana peristiwa tersebut bukanlah memakan masa yang lama.

Ini kerana daripada hadis yang cuba menerangkan keadaan ini, di mana peristiwa tersebut hanya berlaku dalam beberapa masa sahaja.

0 comments:

Post a Comment