This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Pages

Friday, July 29, 2011

Pernah kah cinta anda ditolak? Adakah ia seperti lelaki ini?



Ada seorang lelaki yang berminat dengan seorang perempuan

Lebih dia mahu mengenali perempuan ini, semakin dia merasa tertarik. Dan tarikan itu berkembang menjadi perasaan kepada perempuan ini..

tetapi ada satu masalah..lelaki ni tidak tahu samada perempuan ini berminat padanya atau tidak.

Adakalanya, perempuan ini selalu mengatakan ''saya gembira awak ada disisi saya"," Saya perlukn awak dalam hidup saya" yang semakin membuatkan diri lelaki ini menjadi konfius..

Tetapi lelaki ini perasan bahawa perempuan ini tidak menunjukkan yang dia sedang 'jatuh cinta', tetapi seolah-olah berkawan sahaja.

Semakin lelaki ini mengejar, semakin perempuan ini kelihatan cuba untuk lari...

lelaki ini tidak mahu putus asa. Dia terus berusaha agar perempuan ini sudi menerimanya, die memberikannya hadiah yang mahal-mahal, dia sanggup datang ke rumah perempuan ini semata-mata mahu rapat dengannya dan dia juga sentiasa membuat panggilan kepada perempuan ini.

Pada suatu hari lelaki ini merasakan dia perlu mengambil langkah seterusnya..

Jadi dia melakukan langkah yang berani.Lelaki ini memberitahu perempuan ini tentang perasaannya.

Lelaki ini mengaku yang dia sedang jatuh cinta, dan dia mahukan perempuan ini menjadi kekasihnya

Perempuan ini kelihatan tersentak dan berkata, " Saya tidak mahu merosakkan hubungan persahabatan kita. Saya gembira awak menjadi kawan saya..TETAPI saya memerlukan masa untuk menerima awak".


Adakah ini membawa maksud yang dia tidak mahukan lelaki itu?

Adakah perempuan ini sedang bermain tarik tali?

Adakah perempuan ini benar-benar sedang mempertimbangkan lelaki ini sebagai kekasihnya?


Dan kesudahannya,

Perempuan ini menolak cintanya...

lelaki ini sentiasa membuat panggilan tetapi kini panggilannya tidak berbalas..

Perempuan ini pula sentiasa memberikan alasan sibuk, tidak perasan akan panggilannya.

Akhirnya lelaki ini sibuk merenung nasibnya yang gagal memikat seseorang yang amat diidamkannya

TAMAT

biasa dengar bukan. Mungkin ada di antara kita pernah melaluinya dan mingkin anda adalah salah seorang daripada 'mangsa' cerita dia atas.

Dalam situasi seperti ini, sebenarnya ada jalan penyelesaiannya.

Ia terkandung di dalam satu ilmu atau panduan yang tidak pernah diajarkan secara formal samada di sekolah atau di universiti. ia adalah bagaimana anda membuatkan SESEORANG TERTARIK kepada anda dan jatuh cinta dengan anda.

Anda mungkin memikirkan bahawa membuatkan seseorang tertarik adalah sesuatu 'bakat' yang dipunyai oleh sesetengah orang.

Tidak, anda silap!Anda sebenarnya boleh mempelajarinya!

Ambil masa anda untuk laburkan diri anda ke arah peningkatan kendiri. Pelajarilah bagaimana anda boleh membuatkan sidia tertarik kepada anda di dalam ebook panduan memikat.

Di dalam ebook panduan memikat, anda akan mempelajari pelbagai cara bagaimana anda boleh membuatkan seseorang tertarik kepad anda.Dan ia bukanlah dengan cara anda menipu sidia atau memanipulasikan sidia, tetapi pelajarilah bagaimana cara anda boleh kelihatan hebat dengan kata-kata anda, perbuatan anda, bahasa badan anda untuk membuatkan dia jatuh cinta dengan anda.

Klik disini untuk makluman lanjut


jika seorang perempuan TIDAK TERTARIK kepada anda, seghala usaha anda untuk meyakinkan dia untuk menjadi kekasih anda akan menjadi sia-sia.

ia bukan sahaja sia-sia, bahkan ia akan menajdi lebih teruk. Dia mungkin tidak mahu berkawan langsung dengan anda selepas ini.

oleh itu, jangan luahkan perasaan anda sebelum sampai waktunya. Ciptakan keadaan agar dia tertarik dengan anda terlebih dahulu.

Pelajarinya dengan klik di link ini
http://www.panduanmemikat.com/hop.php?ref=sethlifez88

Wednesday, June 8, 2011

JANA PENDAPATAN ANDA DENGAN VEMMA..PASTI BERJAYA

http://www.vemmabuilder.com/29714773

Thursday, June 2, 2011

Mengapa Tangan Melekat Pada Kemaluan?

“Fitnah lebih tajam daripada mata pedang. Kisah berikut dapat menjelaskan kepada kita tentang bahana fitnah kepada pelakunya. Mungkin pada zaman mutakhir ini, Allah tidak menyegerakan balasan kepada orang yang melakukan fitnah. Jangan silap sangka bahawa cerita fitnah adalah satu kebenaran hanya kerana tidak berlaku sesuatu bala kepada penyebar fitnah. Sebenarnya, apabila Allah membiarkan pemfitnah berumur panjang, sihat dan sebagainya, itulah bala sebenarnya.
Pemfitnah jadi tidak takut melakukan fitnah dan sebarang dosa. Dia akan lakukan fitnah dan dosa dari satu kes ke satu kes dari semasa ke semasa. Inilah sebenar-benar bala. Allah membiarkan dia melakukan fitnah hingga ke hujung hayatnya tanpa sempat memohon maaf dari mangsa fitnahnya. Berikut merupakan kisah yang menarik untuk direnungi oleh orang yang beriman mahupun yang tidak beriman.
Kisahnya ialah tentang insiden melekatnya tapak tangan si pemandi mayat pada kemaluan mayat perempuan yang dimandikannya. Kisah ini berlaku pada zaman Imam Malik. Apabila insiden aneh itu berlaku, seseorang telah berjumpa dengan Imam Malik untuk mendapatkan pandangannya. Apakah kemaluan mayat itu perlu dihiris atau tangan si pemandi mayat itu yang harus dipotong?Apabila diminta pandangannya, Imam Malik menyuruh ditanyai si pemandi itu sama ada dia telah melakukan sesuatu perkara yang salah dari segi agama. Setelah diajukan soalan itu, lalu terlintaslah jawapan dalam ingatan perempuan si pemandi mayat itu. Katanya bahawa semasa dia membasuh bahagian kemaluan mayat itu, datang terlintas satu fitnah di hatinya iaitu dia merasakan kemaluan mayat ini agaknya banyak melakukan maksiat semasa hidupnya.
Apabila disampaikan jawapan perempuan ini kepada Imam Malik, lantas Imam Malik menghukumnya qazaf atas fitnahnya tanpa saksi itu. Lalu dijatuhkan sebat sebanyak 80 rotan ke atas pemandi mayat itu. Apabila selesai menerima hukuman, terlepaslah tangannya yang melekat pada kemaluan mayat tadi.
Moral daripada kisah itu ialah betapa besarnya dosa fitnah. Kalau dalam hati pun sudah dikira berdosa, apalagi perbuatan manusia mutakhir ini yang sewenang-wenangnya membuat dan menyebarkan fitnah. Fitnah sudah jadi seperti sarapan waktu pagi. Selamba sahaja manusia membuat fitnah. Insaflah wahai sahabat-sahabatku, para forumer, bloggers dan sekaliannya. Berhati-hati dalam berkata dan menulis agar kita tidak menjadi sebahagian daripada rantaian fitnah.
sumber: http://dakwahkemaman.blogspot.com

Monday, May 30, 2011

RASA BERSALAH MERUPAKAN NIKMAT DARI ALLAH



Saya pernah membuat kesilapan besar dalam hidup saya..saya rasa sangat menyesal…rasa bersalah selalu menghantui hidup saya …kini saya menjadi seorang yg pendiam dan xda semangat nak teruskan hidup

Rashela

Jawapan:

Assalamu’alaykum wbh adik Rashela,

Seseorang yang melakukan kesalahan kemudian merasa dirinya bersalah lebih baik dari mereka yang beramal soleh kemudian merasa dirinya suci bersih.

Yang terbaik di antara keduanya ialah mereka yang beramal soleh, kemudian merasa dirinya lemah tidak berdaya kecuali dengan pertolongan dan kekuatan dari Allah semata. Mereka juga sentiasa beristighfar dari dosa yang disedari mahupun tidak disedari.

Adik Rashela yang dikasihi Allah,

Tatkala terdetik rasa bersalah dan menyesal dalam diri yang telah melakukan dosa, di sana Allah sedang memandangmu dengan penuh kasihan belas dan kasih sayang.

Rasa menyesal itu merupakan taufik dari Allah agar dirimu tidak meninggalkanNya jauh dan semakin jauh.

Rasa bersalah yang menghantui itu pula merupakan dorongan dari Allah agar segera bertaubat kepadaNya.

Syaitan amat takut pada setiap hamba yang menyedari kesalahannya. Iblis tidak mahu manusia bertaubat dari perbuatan salah yang pernah dilakukan. Iblis tahu bahawa Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang pada setiap dosa-dosa kecuali dosa syirik.

Adik Rashela yang disayangi Allah,

Daripada benih ‘menyesal’ dan ‘rasa bersalah’ itu, Allah mahukan pohon taubat dari kita.




Mari sama-sama kita hayati pesanan dan bujukan dari Allah ini pada kita, makhlukNya. Dengan lemah lembut Allah berkata,
يا ابن آدم إنك ما دعوتني ورجوتني غفرت لك على ما كان فيك ولا أبالي، يا ابن آدم لو بلغت ذنوبك عنان السماء ثم استغفرتني غفرت لك ولا أبالي، يا ابن آدم إنك لو أتيتني بقراب الأرض خطايا ثم لقيتني لا تشرك بي شيئا لأتيتك بقرابها مغفرة .
Maksudnya:

Wahai Anak Adam!

Selagimana engkau merayu padaku dan mengharapkan daku, Aku ampunkan segala kesalahanmu dan Aku tidak pedulikannya lagi.

Wahai Anak Adam!

Sekiranya dosa-dosamu memenuhi langit, kemudian engkau memohon maaf kepadaKu, nescaya Aku maafkan dirimu serta Aku tidak pedulikannya lagi.

Wahai Anak Adam!

Sekiranya engkau datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian engkau menemuiKu dalam keadaan tidak menyekutukan Aku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh isi bumi pula.

Hadis direkodkan oleh Imam al-Tirmizi. Dia mengatakan hadis ini Hasan Sahih.

Syarat-syarat Taubat Diterima di Sisi Allah

1. Menyesal bersungguh-sungguh terhadap dosa yang pernah dilakukan dan berazam untuk tidak kembali lagi melakukan dosa tersebut.

2. Memohon ampun walau sebesar mana dosa yang pernah dilakukan dengan penuh harapan agar Allah memaafkan.

Allah berjanji mengampunkan dosa-dosa melalui ayat 110 Surah al-Nisa’,

وَ مَنْ يَّعْمَلْ سُوْٓءًا اَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهٗ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللّٰهَ يَجِدِ اللّٰهَ غَفُوْرًا رَّحِيْمًا‏

Maksudnya:

Sesiapa yang melakukan perkara buruk atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan dapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Allah berjanji mengabulkan doa melalui ayat 60, Surah Ghafir,
وقال ربكم ادعوني أستجب لكم إن الذين يستكبرون عن عبادتي سيدخلون جهنم داخرين

Maksudnya:

Allah telah berkata; Berdoalah kepadaKu, nescaya Aku perkenankan doamu.

Syarat doa diperkenankan ialah dengan berdoa sepenuh hati.

ادعوا الله وأنتم موقنون بالإجابة، واعلموا أن الله لا يستجيب دعاء من قلب غافل لاه

Maksudnya:

Berdoalah kepada Allah dalam keadaan
kamu yakin Allah akan memperkenankannya. Sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan tidak bersungguh.

Hadis direkodkan oleh Imam al-Tirmizi.

3. Tauhid yang benar. Maksudnya akidah kita betul dengan mengesakan Allah sebagai Tuhan yang layak disembah.

Adik Rashela yang dikasihi Allah,

Bagaimana Rashela rasa setiap kali selepas mandi? Apatah lagi jika Rashela mandi menggunakan sabun dan syampu yang aromanya semerbak wanginya?

Badan terasa segar dan cergas kembali, bukankah begitu?

Begitulah hidup kita adikku, dosa-dosa ialah kotoran yang menggelapkan hati menyebabkan hidup terasa tidak ceria dan bersemangat.

Basuhlah dosa-dosa dengan solat dan taubat.

Hargailah nikmat ‘menyesal’ dan ‘rasa bersalah’ yang Allah campakkan dalam diri Rashela. Sambutlah lambaian Allah tersebut dengan kembali kepadaNya dengan sebenar-benar kembali.


Taubat yang bersungguh dan doa yang penuh mengharap itu akan menyegarkan jiwamu semula.

Pedulikan apa kata orang padamu. Apa yang penting Allah sangat luas rahmat dan keampunanNya.

Ingatilah, saat sakaratulmaut menjemput kita, Allah satu-satunya zat yang dapat menyelamatkan kita.

Walau sejuta pujian atau sejuta kejian manusia terhadap kita sedikit pun tidak dapat membantu kita saat penuh debaran itu.

Pandanglah hari ini dan hari yang akan datang kerana Allah sudi mengampunkan dosa-dosamu.

Selaklah lembaran ‘Surat Cinta Ilahi’ yakni al-Quran setiap hari.
Di sana, akan kau temui siraman demi siraman kasih Allah padamu yang tidak bertepi.

Akhir kata, Allah yang Maha Mengetahui tahu bahawa akan ada saat-saat manusia dihambat rasa putus asa dan lemah semangat. Justeru awal-awal lagi Allah rakamkan dalam al-Quran ayat 53 hingga ayat 54 Surah al-Zumar,

قُلْ يٰعِبَادِىَ الَّذِيْنَ اَسْرَفُوْا عَلٰٓى اَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوْا مِنْ رَّحْمَةِ اللّٰهِ‌ؕ اِنَّ اللّٰهَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ جَمِيْعًا‌ؕ اِنَّهٗ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ‏

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Ayat 53

وَاَنِيْبُوْۤا اِلٰى رَبِّكُمْ وَاَسْلِمُوْا لَهٗ مِنْ قَبْلِ اَنْ يَّاْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنْصَرُوْنَ‏
Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah sepenuh hati kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan lagi. Ayat 54

وَاتَّبِعُوْۤا اَحْسَنَ مَاۤ اُنْزِلَ اِلَيْكُمْ مِّنْ رَّبِّكُمْ مِّنْ قَبْلِ اَنْ يَّاْتِيَكُمُ الْعَذَابُ بَغْتَةً وَّاَنْتُمْ لَا تَشْعُرُوْنَۙ‏
Serta turutilah sebaik-baik apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhanmu (yakni al-Quran sebagai panduan hidup), sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedangkan kamu tidak menyedarinya.
Ayat 55

Saya mencadangkan Rashela baca penerangan Hadis 42 dalam buku Syarah Hadis 40 Imam Nawawi. Pengarangnya ialah Dr Mustafa al-Bugho dan Muhyiddin Misto.
Terdapat syarahan panjang lebar berkenaan taubat dan keluasan rahmat Allah.

Insya Allah, dengan ilmu mengenal Allah, kita akan lebih dekat denganNya dan semakin berwaspada dengan bisikan-bisikan iblis. Iblis hanya mahu menambah kawan di neraka sedangkan Allah mahu kita menikmati ketenangan hidup di dunia dan bahagia di akhirat.


Apa yang baik milik Allah jua

Doa Taubat :-


disunting dari http://keranacinta.wordpress.com

PTS SIAPA MUHAMMAD BIN ABDULLAH


Tajuk : Siapa Muhammad bin Abdullah
Pengarang : Ainon Mohd
Penerbit : PTS Islamika
ISBN : 9789675137150
Mukasurat : 64 Halaman

Buku Siapa Muhammad bin Abdullah mengisahkah tokoh paling berpengaruh menurut buku The 100: A Ranking of The Most Influential Persons in History. Kenali Nabi Muhammad sebagai Utusan Tuhan yang terakhir dan penghulu semua utusan Tuhan. Peribadi beliau dipuji Tuhan di dalam al-Quran dan umatnya menggelarnya sebagai ‘Al-Quran Berjalan’.

Berbanding dengan buku-buku sejarah yang lain, buku poket ini memaparkan profil Muhammad bin Abdullah secara ringkas dan padat. Diolah dengan bahasa moden dan disusun mengikut kronologi sejarah supaya lebih mudah difahami.

Bab 1: Latar Belakang Nabi Muhammad
Bab 2: Nabi Muhammad Sebagai Nabi di Mekah
Bab 3: Nabi Muhammad Berpindah
Bab 4: Peristiwa Selepas Nabi Muhammad Berpindah
Bab 5: Keluarga Nabi Muhammad
Bab 6: Nabi Muhammad Orangnya

HANYA: RM5.90
DAPATKANNYA DI http://www.kedai-buku.com/kedai-buku/details/1744/96/islam/nabi-&-rasul/pts-siapa-muhammad-bin-abdullah.html

Sunday, May 29, 2011

Kemarau Ekstrim, Muslim Texas Diminta Memanggil Hujan


HOUSTON, Texas (Berita SuaraMedia) - Cawangan Texas Dewan Hubungan Amerika-Islam (Council on American-Islamic Relation - CAIR-TX) telah meminta pada Masjid-masjid di seluruh negara bahagian tersebut mengadakan doa untuk meminta hujan.

Negara bahagian tersebut terkena kemarau yang terburuk sejak tahun 1930-an, yang telah mengakibatkan bahaya kebakaran melampau.

ILUSTRASI: Musim kemarau di Texas mengajukan sebuah bahaya ekstrim kebakaran baik itu di kawasan perumahan mahupun lahan di negara bagian tersebut. Gabenor Texas menghimbau warga Texas dari semua agama dan tradisi untuk mengadakan doa untuk turunkan hujan. (Gambar: Illume)

CAIR-TX mengeluarkan seruannya untuk doa tersebut dalam menanggapi sebuah proklamasi yang dikeluarkan oleh Gabenor Texas Rick Perry yang mengumumkan sebuah tempoh tiga hari "Days of Prayer for Rain in the State of Texas" (Hari-hari Doa untuk Hujan di Negara Bahagian Texas).

Gabenor Perry mengumumkan, "Saya menghimbau warga Texas dari semua agama dan tradisi untuk mengadakan doa pada hari itu untuk penyembuhan tanah kita, membina semula komuniti kita dan pemulihan jalan hidup normal kita."

Lebih daripada 8,000 kebakaran telah menyebabkan kehilangan beberapa nyawa, penghancuran 400 rumah dengan lebih daripada 1.8 juta hektar yang rosak.

CAIR-TX menghimbau Masjid-masjid negara bahagian untuk melakukan solat khas, disebut Salatul Istisqa.

Solat tersebut biasanya dilakukan oleh Nabi Muhammad selama masa-masa musim kemarau.

Di dalam solat tersebut, Nabi Muhammad berdoa permohonan seperti: "Ya Allah, berilah kami hujan yang akan mencukupi kami, berlimpah, menyuburkan, dan menguntungkan, tidak berbahaya.

"Berikanlah sekarang tanpa penangguhan ... Turunkan hujan di atas kami dan buatlah menjadi sebuah sumber kekuataan dan kepuasan ... Ya Allah, berikanlah kami sebuah hujan yang menyelamatkan, baik, dan produktif, lazim dan lebat, sekarang dan bukan nanti, bermanfaat dan tidak melukai. "

Al-Qur'an menyatakan: "Wahai umatku! Mintalah keampunan dari Tuhanmu dan Kembalilah kepada-Nya dalam penyesalan. Allah akan menghantar dari langit hujan yang berlimpah." (Al-Quran 11:52).

"Warga Texas dari semua agama seharusnya memberikan bantuan spiritual apapun yang mereka boleh dalam usaha mengurangkan kesan negatif kemarau di negara bahagian kita," ujar Eksekutif Pengarah CAIR-TX, Mustafa Carroll.

Pada tahun 2007, Gabenor Georgia pada saat itu, Sonny Perdue mengumpulkan sebuah perkhidmatan doa di Ibukota Negara Bahagian tersebut ketika negara bagiannya menderita kemarau juga. (Ppt / ill / prn / suaramedia) www.suaramedia.com

Demi Ibadah, Muslim Inggeris Sulap Bar Jadi Masjid


LONDON-Sebuah bar bernama Whitley Tavern harus rela menjadi sebuah ruangan solat bagi umat Muslim dan dewan pusat masyarakat Muslim Inggeris.

The Whitley Muslim Education Trust sedang menggalang dana sebesar £ 620.000 untuk membeli Bar Northumberland Avenue, yang dijual oleh Enterprise Inns menggunakan agen real estate yang berpusat Buckinghamshire, Duncan, Bailey, Kennedy.

Sejak kedai bir tersebut tutup pada Februari 2010 lalu, beberapa tunjuk perasaan telah dilakukan penduduk sekitar untuk bar itu tetap sebagai bar.

Pada bulan Jun tahun lalu, perumahan Catalyst merancang menghancurkan bar yang kosong itu, dan menggantikannya dengan 22 bilik 22 bilik dan dua rumah, tetapi tidak diberikan respon yang hangat dari penduduk tempatan dan para kaunselor.

Trust yang sekarang sedang cuba untuk menghidupkan sokongan dana untuk mencipta sebuah ruangan doa, pusat pendidikan, perpustakaan dan pusat pameran Islam. Members Trust Manzoor Hussain, dari Whitley Wood, berkata, "Kami ingin menjadikan Bar tersebut sebagai pusat masyarakat Muslim."

"Saya kira ada keperluan besar akan pusat Islam bagi South Baca yang mengandungi 330 Muslim. Kita tahu ada sokongan untuk bangunan tersebut untuk tetap sebagai bar. Kami tahu bahawa Bar merupakan salah satu tempat haram bagi umat Muslim, tetapi kami yakin citra tersebut dapat berubah jika Masjid ini berjaya ditubuhkan. "

"Kami telah mengemukakan tawaran kepada agen real estat dan sekarang cuba untuk mengumpul wang."

Trust telah menyebarkan selebaran kepada keluarga Muslim Whitley dengan harapan dapat mengumpul dana awal sebanyak £ 100,000 untuk hipotek.

Rencana itu termasuk membuat dewan untuk solat harian, solat Jumaat, dan Sholat Ied.

Selain itu, tempat tersebut rencananya juga digunakan sebagai tempat untuk mengajar Al-Quran dan memberikan pelajaran Bahasa Arab kepada penduduk tempatan. Ia juga ingin menawarkan kelas TI pada tahap yang berbeza dan mengadakan acara-acara masyarakat dan kebudayaan.

Brosur yang meminta orang untuk menyumbangkan £ 250 pada rumah menuliskan, "Karena sekarang Whitley Tavern telah menjadi tumpuan dari masyarakat.

"Sementara beberapa ahli ingin melihat bar semacam itu sebagai tempat dengan anti-masalah sosial."

"Masyarakat Muslim menganggap bangunan ini tetap dapat digunakan masyarakat dan dimanfaatkan sebagai tempat untuk berjemaah."

Seorang warga Whitley, yang tidak mahu namanya disebut, berkata, "Setelah berbicara kepada beberapa orang termasuk orang-orang yang tinggal di kedua-dua sisi hotel tersebut, secara umum menyatakan perasaan bahawa para penduduk tidak menginginkan didirikannya sebuah Masjid. Orang-orang yang cukup takut tentang gagasan itu. "

Sementara itu pembangunan Masjid Abu Bakar di Oxford Road mulai berjalan setelah sebelumnya dikritik kerana kemajuannya yang lambat.

Menulis di website Masjid pada hari Ahad, 14 Jun lalu, Khairun Jazaku menuturkan, "Pemasangan bata sekarang sedang berjalan dan pekerjaan pembuatan ruangan bawah tanah juga telah bermula."

"Jendela, atap, dan kubah semua harus dilakukan bersama-sama dengan pemasangan bata dan ini bukan tugas kecil. Kita harus meningkatkan dana untuk memastikan bahawa tidak ada jeda dalam pekerjaan penting ini."

Menjadikan tempat umum sebagai Masjid merupakan hal yang lumrah berlaku di Eropah dan Amerika Syarikat.

Seperti yang terjadi di wilayah Rock Hill, AS, di mana umat Muslim menjadikan sebuah pusat membeli-belah sebagai tempat ibadah bersama. (Smc / an)