This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Pages

Thursday, October 14, 2010

Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.
Keterangan/Hujah: 
 
  1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.
     
  2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.
     
  3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.
     
  4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.

Tukar agama elak ditahan 

SEREMBAN – Seorang lelaki sanggup mengaku beragama Kristian bagi mengelak daripada ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dalam ‘Ops Judi’ yang dijalankan di premis perjudian, sekitar bandar Seremban dekat sini, semalam. 

Bagaimanapun, identiti lelaki terbabit yang juga warganegara asing, berumur 30-an dan beragama Islam itu berjaya dibongkar sepasukan penguat kuasa JHEAINS yang diketuai Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah. 

Dalam operasi yang bermula jam 12 tengah hari dan berakhir jam 3 petang itu, penguat kuasa turut berjaya membawa penangkapan enam lagi lelaki berumur lingkungan 40-an hingga 60-an di premis berasingan. 

Jurucakap JHEAINS berkata, semua mereka ditahan ketika leka membeli nombor ekor dan ada antara mereka ditahan kerana berada di dalam premis perjudian. 

“Malah, ada juga antara ‘kaki judi’ yang ditahan dalam operasi ini menunjukkan ‘sikap sedikit hormat’ apabila mengenakan topi keledar ketika masuk membeli nombor ekor bagi mengelak identiti mereka daripada dikenali. 

“Bagaimanapun, taktik mereka tidak berjaya. Mereka tidak serik walaupun mengetahui aktiviti perjudian salah di sisi agama," katanya. 

Menurutnya, mereka semua dibawa ke bahagian penguatkuasaan JHEAINS untuk siasatan lanjut. 

“Mereka akan didakwa di bawah kesalahan berjudi Seksyen 79 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1992 Pindaan 2003. 

"Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya. 

Sementara itu, menurutnya, seorang daripada lelaki yang ditahan itu akan didakwa atas satu kesalahan lain iaitu dengan mendakwa diri sebagai bukan Islam untuk mengelak daripada diambil tindakan dan akan disiasat di bawah Seksyen 48 Enakmen yang sama. 

Pengarah JHEAINS, Johani Hassan ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu. 

Menurutnya, operasi seumpama itu akan dijalankan dari masa ke semasa sepanjang tempoh ‘Kempen 1Malaysia 1Halal’ sebagai usaha membanteras aktiviti perjudian di negeri ini.


"Afghanistan: The Friendliest Country in the World, Possibly the Universe."

Tiga Wakil Malaysia Harumkan Nama Negara Di Peringkat ASEAN Dan Negara-Negara Pasifik 
Malaysia berbangga atas kejayaan tiga peserta hafazan Malaysia yang mewakili negara ke Prince Sultan Abdul Aziz Al-Saud Competition On the Memorization of Quran and Sunnah for ASEAN and Pacific Countries pada 30 September hingga 4 Oktober 2010, di Jakarta, Indonesia.

Dalam pertandingan tersebut, Encik Ahmad Mujahid bin Salleh Sani, berjaya merangkul naib johan bagi kategori 30 juzuk. Beliau membawa pulang hadiah 15,000 Riyal Saudi berserta pakej menunaikan haji. Bagi kategori 20 juzuk, Encik Muhammad Ezmir Kushairy bin Roslee memenangi tempat ketiga dengan hadiah 11,000 Riyal Saudi berserta pakej menunaikan haji, manakala bagi kategori 10 juzuk, Encik Muhammad al-Nawawi bin Borhan turut memenangi tempat ketiga dengan hadiah 6,000 Riyal Saudi berserta pakej menunaikan haji.

Majlis ini merupakan salah satu acara tahunan yang dianjurkan oleh Kedutaan Arab Saudi di Jakarta bersama Jabatan Agama Republik Indonesia. Tahun 2010 ini adalah tahun ketiga penganjurannya dan melibatkan peserta dari negara Asia Pasifik.

Sebelum ini, hanya peserta dari negara-negara ASEAN sahaja yang terlibat. Bertempat di Dewan Masjid Al-Takwa, Universiti Indonesia, Jakarta, majlis ini diadakan secara tertutup dan tidak dibuka kepada orang awam. Bagi urusan penghakiman, ia dikendalikan sepenuhnya oleh hakim-hakim dari Arab Saudi.

Majlis pembukaan dirasmikan oleh Presiden Republik Indonesia, Dr. H. Susilo Bambang Yudhoyono di Istana Presiden pada 4 Oktober 2010 dengan dihadiri oleh duta-duta negara yang bertanding, Menteri Kabinet serta Hakim Mahkamah Tinggi Arab Saudi. Majlis penutup dan penyampaian hadiah di sampaikan oleh Menteri Agama Indonesia di Ballroom Hotel Grand Melia.
Pihak JAKIM mengucapkan jutaan tahniah kepada wakil Malaysia dan berharap peserta-peserta Malaysia yang akan mewakili negara di peringkat antarabangsa pada masa hadapan akan terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama negara di persada dunia.
Tarikh :   11 Oktober 2010
Sumber : Pengarah Bahagian Keurusetiaan & Perhubungan Antarabangsa
Editor : PRO JAKIM
Hits :  428  

HTC 7 Pro Smartphone Windows Phone 7 Terbaru dengan Keyboard QWERTY

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 5.00 out of 5)
Seperti disebutkan, HTC telah meluncurkan lima smartphone baru untuk OS Windows Phone 7 . Apa yang Anda lihat di bawah adalah HTC 7 Pro, yang terakhir dari lima dan satu-satunya untuk memiliki keyboard QWERTY fisik. Telepon ini memiliki slide yang berdedikasi dan keyboard QWERTY dengan kemiringan kunci dibangkitkan untuk masukan mudah.
HTC 7 Pro, seperti HTC 7 Surround , menawarkan prosesor 1GHz, ROM 512MB, RAM 448MB dan penyimpanan internal 8GB. HTC 7 Pro ini memiliki layar sentuh 3,6 inci, 5 Megapixel AF kamera dengan 720p HD video recording dan flash, Bluetooth, GPS dan WiFi.
HTC Pro 7 akan tersedia dalam WCDMA / HSPA dan EVDO CDMA versi. Sprint akan merilis handset pada paruh pertama tahun 2011. (sumber)


Loji nuklear: Lapan lokasi dikenalpasti
Okt 13, 10 3:52pm
Kongsi 580






Kerajaan sudah mengenal pasti lapan lokasi di Semenanjung Malaysia untuk membina loji janakuasa nuklear pertama negara yang dijangka beroperasi menjelang tahun 2021.

Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia Datuk Dr Daud Mohamad berkata lokasi itu bagaimanapun masih lagi dalam kajian untuk dipilih sebagai lokasi sesuai yang memenuhi kriteria sebelum diumumkan oleh kerajaan.

nuclear power plant reactor fusion 040309 02"Antara kriteria yang mesti ada untuk membina loji janakuasa nuklear ini ialah kita memerlukan kawasan yang berhampiran dengan sumber air, mempunyai struktur tanah yang berbatu keras dan kawasan yang tidak mudah banjir.

"Jika ada penduduk di kawasan yang dipilih itu, mereka harus berpindah manakala kawasan yang sudah dibangunkan pula kita perlu pindahkan tetapi kosnya sangat mahal.

"Apa-apa pun segala keputusan akhir akan dibuat oleh kerajaan dan dijangka ditetapkan dalam tahun 2012," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Pengurusan Kualiti 2010 di Kuala Lumpur hari ini.

Mengenai aspek keselamatan loji janakuasa nuklear itu, Daud berkata rakyat Malaysia tidak perlu bimbang kerana pelbagai proses penambahbaikan telah dilakukan mengikut peredaran teknologi pada masa kini.

Menurutnya pihak agensi turut mengadakan pelbagai program untuk menghebahkan maklumat kepada orang ramai mengenai kebaikan dan keburukan pembinaan loji janakuasa itu.

american nuclear missile trident class 250906Beliau berkata semua pihak termasuk Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), ahli politik termasuk pembangkang, dan pihak swasta bolh memberi pandangan mengenai pembinaan pusat janakuasa itu.

"Kita perlukan maklum balas daripada mereka, jadi adalah penting untuk mereka tahu mengenainya (loji janakuasa nuklear) sebelum keputusan dibuat," katanya.

Mengenai simposium itu, Daud berkata ia menyentuh tentang budaya kualiti dan pengurusan pengetahuan, penanda aras kualiti dan penjenamaan, perkhidmatan pelanggan, standard dan akreditasi, pengurusan kualiti menyeluruh, penambahbaikan kualiti berterusan dan persaingan pasaran.

Seramai 120 peserta dari agensi-agensi kerajaan, NGO dan swasta menghadiri simposium dua hari itu.

- Bernama

Saturday, October 9, 2010

Pengasas Facebook puas hati filem tentang dirinya 

LOS ANGELES - Pengasas laman rangkaian sosial Facebook, Mark Zuckerberg yang sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan tidak akan menonton filem The Social Network (2010) ternyata tidak dapat mengelak tarikan filem itu. 

Jurucakap Facebook mengesahkan Zuckerberg dan sekumpulan kakitangan syarikat itu telah menonton filem berkenaan di pawagam baru-baru ini. 

"Selepas penat bekerja, kami memutuskan untuk ke pawagam. Kami rasa, filem mana lagi yang lebih sesuai ditonton berbanding filem mengenai kelahiran Facebook," kata jurucakap itu kepada wakil media. 

Filem The Social Network ditayangkan mulai 1 Oktober lalu dan semasa muncul dalam rancangan The Oprah Winfrey Show pada 24 September lalu, Zuckerberg memberi komen bahawa filem itu ternyata menyeronokkan. 

Zuckerberg yang lahir pada 14 Mei 1984 menjadi terkenal apabila dia bersama-sama rakan sekuliahnya di Universiti Harvard – Dustin Moskovitz, Eduardo Saverin dan Chris Hughes – melancarkan Facebook pada 4 Februari 2004. 

Filem The Social Network yang diarahkan oleh David Fincher dibuat berdasarkan buku The Accidental Billionaires (2009) tulisan Ben Mezrich.